Monday 24 April 2017

Azrinaz Mazhar berbicara soal kahwin lagi.. ini komennya..

Azrinaz Mazhar Hakim mempunyai pandangan tersendiri mengenai erti bahagia. Baginya, kebahagiaan hakiki yang diimpikan sudah ditemui membuatkan dirinya tidak runsing apabila masih bersendiri. Meskipun mungkin ada yang melihat kehidupannya seakan tidak lengkap, namun jelas Azrinaz, soal mencari teman hidup bukan agenda utamanya ketika ini.

"Kahwin lagi? Secara jujur, saya tidak pernah terfikir mengenai perkara itu. Perihal jodoh, saya serahkan kepada qada dan qadar Allah. Apabila saya sudah tetapkan pendirian itu dalam hidup, saya rasa lebih gembira dan aman.

"Terus terang, saya memang tidak mencari. Bukan tiada yang mendekati, tetapi saya cuba mengelak kerana tidak mahu pening kepala. Saya pernah melalui alam perkahwinan, malah turut dikurniakan cahaya mata.

"Jika ditakdirkan saya bertemu dengan seseorang yang sesuai dijadikan calon suami, saya bersyukur. Kalau tiada, tidak mengapa," kata Azrinaz memetik BharianOnline

No comments:

Post a Comment