Wednesday 5 April 2017

Datuk Seri Vida sah bercerai dengan suami..

Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin.
"Ya. Hubungan kami ibarat sudah dihujung tanduk, terlalu rapuh, .

"Sudah tentu terkesan juga. Kalau boleh kita nak hubungan itu kekal abadi, tapi kita hanya merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya,

"Setakat ini, saya tak nak komen lebih-lebih nanti takut tersalah komen pula," katanya.
Pada masa sama, usahawan selebriti itu mengakui beliau tidak akan cuba menyelamatkan perkahwinan tersebut.
"Tidak... sakit ini biar saya yang tanggung," katanya.
Tinjauan di laman Instagram Vida mendapati kali terakhir dia memuat naik gambar bersama suaminya ialah kira-kira 16 minggu lalu. Bagaimanapun, sumber rapat dengan Vida memberitahu, pasangan itu dalam proses penceraian secara rasmi.
"Kalau ikut agama tu memang dah bercerai lah," kata sumber berkenaan memetik mStarOnline.

No comments:

Post a Comment