Friday 7 April 2017

ISTERI HAMIL LAGI - FAD BOCEY HARAP DIKURNIAKAN KEMBAR PEREMPUAN



"Syukur Alhamdulillah, rezeki Allah untuk kami lagi.. adakah kembar girl kali ni???? Hmmmmmm.. Hahahahahahaha," tulisnya penyampai radio dan pelawak, Fad Bocey di laman Instagramnya mengenai kehamilan kedua isteri, Syaheera atau nama sebenarnya Nur Syahirah A. Rahman.

Menerusi entri terbaru di laman sosial tersebut, Fad berkongsi gambar imbasan kandungan isterinya sambil berseloroh mahu menimang kembar perempuan.

Menerusi bahagian komen, ramai pengikut di IG Fad mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah atas berita gembira tersebut. Selain itu, peminat juga turut sama-sama mendoakan agar pasangan ini dikurniakan kembar perempuan pula.

Klik untuk gambar besar


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

via My Artis

No comments:

Post a Comment