Tuesday, 4 April 2017

ISU CERAI VIRAL: "BIOR LE, NO COMMENT" - SUAMI VIDA



Isu pengolakan rumah tangga Dato' Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato' Seri Vida, 46, dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin telah viral di laman sosial baru -baru ini.

Menerusi laporan sebelum ini, pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu telah tampil mengakui yang mereka kini sedang melalui proses perceraian.

Tidak terlalu mendedahkan punca sebenar mereka berbuat demikian, Dato' Seri Vida meminta agar orang ramai memberikannya sedikit ruang untuk menyelesaikan perkara itu.



Bagaimanapun, suaminya ketika dihubungi itu enggan memberikan sebarang komen berhubung isu ini. Terus ditanya mengenai kes tersebut dan statusnya sebagai suami iaitu ketua keluarga, Fairuz tetap berdiam diri.

"Tengah viral ya, bior le, no comment. Biar la orang nak cakap apa. My comment is no comment," katanya yang baru sahaja tiba di Ipoh dari Kuala Lumpur ketika ditanya mengenai perpisahannya dengan Dato' Seri Vida.

Siapa yang menginginkan perpisahan di dalam rumah tangga, begitu juga dengan Dato' Seri Vida yang turut terkesan dengan perkara itu.



Namun baginya segala apa yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya, dan apabila ditanya jika beliau masih akan mencuba untuk menyelematkan rumah tangganya, jawapannya ringkas dengan mengatakan tidak.

Terdahulu, rumah tangga pasangan itu dikatakan bergolak apabila Dato' Seri Vida sendiri tampil memberitahu mereka kini sedang melalui proses perceraian. Tidak terlalu mendedahkan punca sebenar mereka berbuat demikian, Datuk Vida meminta agar orang ramai memberikannya sedikit ruang untuk menyelesaikan perkara itu.

Jika berdiam diri, mungkin masyarakat akan memberikan pelbagai persepsi. Apa-apapun, kita tunggu sahaja perkembangan seterusnya daripada mereka.




Sumber: Media Hiburan



         ________________________







via My Artis

No comments:

Post a Comment