Tuesday 4 April 2017

Kulit album Malique mata dajjal? ini jawapan Malique...

Malique menjelaskan kulit album tiga mata album terbaharunya berjudul Malique TKO: Pejamkan Mata yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen sebenarnya membawa maksud sebagai mata hati.

Malique berkata, apa cuba disampaikan menerusi gambar mata ketiga itu ialah tidak menghukum sesuatu perkara menerusi mata luaran, sebaliknya menggunakan mata hati.
"Kulit album yang mempunyai mata tiga ini mempunyai tafsiran berbeza, sebenarnya mata ketiga itu adalah mata hati.

"Mungkin ramai tidak tahu mesej cuba disampaikan iaitu jangan menghukum sesuatu hanya pada luaran dan permukaan.

"Sebaliknya pandang dengan mata ketiga iaitu mata hati untuk menyelami dasarnya dan memahami isinya," ujarnya kepada mStar Online.

No comments:

Post a Comment