Saturday 22 April 2017

Nelydia Senrose bakal kena tangkap!


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan waran tangkap terhadap artis Nelydia Senrose, selepas tidak menghadirkan diri bagi prosiding kes gagal mengemukakan cukai pendapatan.

Pelakon berusia 23 tahun itu menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehendaki Nelydia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran.

LHDN memaklumkan, Nelydia gagal mengemukakan borang berkenaan bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.

Pada 11 April lalu, pihak LHDN sudah menyerahkan saman berkenaan kepada artis terbabit yang mengarahkannya untuk menghadiri sesi sebutan kes yang bertarikh 12 April lalu di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, namun dia ataupun wakilnya gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes berlangsung.

Berikutan itu, peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya, memohon satu perintah waran tangkap dikeluarkan kepada tertuduh sebelum dibenarkan oleh Majistret Sarulatha Paramavathar, yang menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh sebutan baharu. -BharianOnline

No comments:

Post a Comment