Monday 29 May 2017

Ahmad Fedtri Yahya timang anak ke-3, 1 Ramadan (gambar)

Pada 1 Ramadan lalu, personaliti televisyen terkenal di TV3, Malaysia Hari Ini (MHI), Ahmad Fedtri Yahya, berdebar di bilik pembedahan menyambut kelahiran anak ketiga.

Fedtri bersyukur apabila isterinya, Nurul Anati Ismail, selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 5.41 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Menurut Fedtri, isterinya melahirkan anak mereka menerusi pembedahan selepas mengalami pendarahan.

"Saya dilahirkan pada 1 Syawal dan anak saya ini pula pada 1 Ramadan. Secara kebetulan, dia lahir sempena ulang tahun perkahwinan kami yang keenam, hari ini.

"Buat masa ini, saya belum lagi memikirkan nama untuk bayi perempuan kami ini," katanya memetik portal BharianOnline

Fedtri mempunyai dua cahaya mata lain iaitu Indah Sutera Jannah, 5, dan Ahmad Willdan Arjuna, 3.

No comments:

Post a Comment