Monday 19 June 2017

Biasalah lelaki memang gatal, saya faham! - Datuk Red

Isu 'screenshot' perbualan mesej Instagram diantara Datuk Red atau Datuk Seri Adnan dengan seorang gadis baru-baru ini, tidak mengoyahkan semangat kelakian Datuk Red.

Datuk Red malah tidak membantah dan mengecam pihak yang kurang senang dengan dirinya.
“Itulah, salah seorang staff saya ada tunjukan screenshot pasal cerita tu. Apa yang boleh saya katakan cerita itu memang benar terjadi. Saya percaya, ini mesti kerja-kerja ‘nakal’ staff saya. Buat pengetahuan ada dua orang staff yang memang tahu kata laluan akaun Instagram dan Facebook saya”

“Biasalah lelaki memang gatal, saya faham, ada masa mereka ni memang nakal sikit. Tetapi setelah gadis tersebut berikan gambarnya dan kami rasa ia agak tidak ada apa yang menarik jadi kami pun tidaklah panjangkan cerita dan habiskan di situ sahaja,” katanya kepada Media Hiburan.

No comments:

Post a Comment