Saturday 17 June 2017

Isu 'buka aurat' tidak disengajakan! - Zul Ariffin

Percutian beberapa minggu lalu Zul Ariffin di Sepanyol dengan memakai seluar pendek mendapat kecaman dan kritikan. Kini Zul tampil memberitahu wanita-wanita yang meminati dirinya bahawa ianya tidak disengajakan dan meminta maaf kerana terlepas pandang soal Aurat.

“Gambar itu tidak sengaja, saya memang selesa berseluar pendek. Saya akui saya terlepas pandang hal tersebut, saya minta maaf saya tahu benda itu melibatkan aurat dan saya tidak berniat untuk menayang aurat saya”

“Tapi saya tidak akan padam gambar tersebut kerana ia kenangan ketika saya bercuti, saya suka gambar itu. Walaubagaimanapun, saya berterima kasih kerana menegur saya dan saya tidak akan terlepas pandang lagi. Saya tahu dosa dan pahala,” jelasnya kepada m Star Online.

No comments:

Post a Comment