Thursday 15 June 2017

Produk kena hina, ini luahan hati Kak Ogy



Fauziah Ahmad Daud atau Ogy  kecewa dengan tindakan seorang nitizen yang memuat naik status menghina produk terbitannya dan kariernya di laman sosial Instagram miliknya.

Ayat yang berbunyi ‘Klu boleh elak kan dr makan air tangan retis... Masa muda mengangkang sana sini, bila tua dah xde punca pendapatan mula lah berjualan, sambal bodoh taruk nama lagend... Air tangan tu jng la bg ank2 mkn’ yang ditulis individu dikenali sebagai ezaieyda itu dimuat semula Ogy di Instagramnya dan mendapat perhatian banyak pihak.

“Selama ini saya hanya berdiam diri dengan cakap-cakap orang. Kali ini, saya tidak mampu bersabar lagi. Sebab itu, saya ‘screen shot’ komen penghinaan hamba Allah itu di Instagram saya sekali gus meminta pandangan netizen mengenai perkara itu.

“Terus-terang, saya sangat terhina dengan perkataan ‘mengangkang’ yang dilabel hamba Allah itu pada golongan artis tanah air. Bagi saya ia satu fitnah yang sangat besar kerana membabitkan maruah anak seni.

“Saya juga ingin bertanya hamba Allah itu, apa buktinya dia menuduh dan memfitnah kami sedemikian rupa? Adakah dia sendiri melihat perbuatan itu dengan matanya sendiri sehingga dia menjatuhkan hukuman sebegitu?,

“Saya lebih hormat orang yang tidak berpuas hati dengan saya tetapi berjumpa secara berdepan. Sebagai artis, saya percaya bukan semua orang suka kita.

“Namun, penghinaan hamba Allah itu bukan ditujukan kepada saya secara individu tetapi membabitkan anak seni secara umum. Rata-rata komen yang saya terima menyokong saya daripada belakang.

“Sepanjang empat tahun mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga dengan perniagaan ini, belum ada komen yang tidak baik mengenai produk yang dikeluarkan termasuk dalam kalangan wanita hamil,” kata Ogy memetik HarianMetro.

No comments:

Post a Comment