Friday 21 July 2017

Amar Asyraf tidak perlu kebenaran isteri aksi intim dan ranjang TAPI....

Dengar khabar yang Amar Asyraf bakal melakukan beberapa aksi intim dan ranjang. Namun itu semua untuk filem Blok 404 digandingkan dengan Nadia Brian.

Bagi Amar, dia tidak perlu meminta kebenaran isterinya, Arna Salleh untuk melakukan itu semua.

Tapi jelas Amar, dia membawa isterinya ke lokasi penggambaran filem itu untuk melihat sendiri dia melakonkan babak berkenaan walaupun Arna bukanlah seorang yang kuat cemburu.

"Saya sebenarnya tak takut isteri marah sebaliknya saya lebih bimbang kalau Nadia gagal melakukan babak itu memandangkan dia tiada pengalaman melakonkan adegan intim.

"Memang saya bawa isteri ke set penggambaran untuk tengok sendiri bagaimana saya melakonkan aksi itu, senang supaya tidak timbul isu lain.

"Alhamdulillah dia okey saja kerana dia tahu suaminya ini memang suka berlakon dan apa yang dilihatnya itu adalah semata-mata lakonan," katanya kepada mStar Online.

No comments:

Post a Comment