Friday 21 July 2017

Anak hafal al Quran, ini buat Norman Hakim


Norman Hakim mengakui anak sulungnya Mohamed Danish Hakim, 14 sudah menghafaz hampir keseluruhan kitab suci al Quran!

Norman mengakui berasa meremang bila mendengarkan bacaan anaknya itu yang sudah menghafaz 28 juzuk.

"Saya pernah diminta Danish untuk mengujinya dalam hafazan al-Quran kerana mahu berlatih sebelum menduduki peperiksaan di sekolah.

"Saya hanya baca mana- mana ayat secara rawak di dalam al-Quran tanpa dilihatnya dan dia dengan cekap menyambungnya selepas saya berhenti membaca.

"Meremang bulu roma saat saya lihat dia menghafaz ayat al-Quran itu dengan tepat sekali," katanya.


Katanya lagi, Danish bakal berangkat ke Turki pada Oktober depan untuk menyambung pengajian.



"Jika hendak diikutkan Danish akan berangkat pada Mei lalu tetapi saya serta Abby Abadi dan Memey agak emosi untuk melepaskan dia.

"Yelah, jika dia ke sana Mei lalu dan mengikuti pengajian selama 9 bulan sudah pasti kami tidak dapat menyambut raya bersamanya, justeru kami mintak ditangguhkan ke Oktober.

"Saya bangga kerana Danish antara 20 pelajar dari Malaysia yang terpilih untuk mengikuti pengajian bersama 400 orang pelajar lain dari seluruh dunia," ujar Norman lagi memetik AstroGempak.

No comments:

Post a Comment