Friday 21 July 2017

Buka tudung selesa bagi Fathia Latiff tapi....

Baru-baru ini gambar Fathia Latiff membuka tudung dengan seorang jejaka tersebar di media sosial. Ramai orang menganggap itu adalah kekasihnya.

Namun bagi Fathia, dia menafikan jejaka itu kekasihnya sebaliknya hanya selesa membuka tudung dengan keluarga sahaja

“Lelaki yang berada di sebelah saya itu bukanlah kekasih saya seperti didakwa netizen dalam satu portal hiburan yang memuat naik gambar terbabit. Dia adalah salah-seorang saudara saya. Waktu itu saya berada di majlis rumah terbuka ahli keluarga dan ramai saudara-mara turut hadir”

“Apabila berada di samping mereka, saya lebih selesa untuk membuka tudung. Percayalah gambar itu tidak menggambarkan diri saya sebenarnya. Ia juga tidak bermakna saya tidak mahu memakai tudung. Daripada mengecam, lebih elok mendoakan saya,” katanya kepada portal Malaysian Digest.

Menerusi laporan Harian Metro, Fathia turut memohon maaf andai tindakannya yang membuka tudung tidak disenangi peminat. Namun jelasnya lagi, beliau tidak mengetahui bagaimana gambarnya tidak memakai tudung ketika meluangkan masa bersama saudara boleh tersebar ke laman sosial.

No comments:

Post a Comment