Saturday 22 July 2017

Eizlan Yusof tak kisah bakal isteri seorang janda..

Datuk Eizlan Yusof sudah membuka hati untuk mencari calon yang sesuai dijadikan pasangan hidup setelah dua tahun menduda. Soal status Eizlan tidak memilih sangat, muda atau janda, mana-mana boleh menjadi isterinya.

"Sekarang saya sudah mula keluar bersosial untuk berjumpa orang baharu. Insya-Allah kalaulah ada jodoh saya mahu kahwin dalam masa setahun dua ini.

"Masa saya sudah singkat jika ingin memulakan keluarga baru, ia mestilah dalam tempoh dua tahun ini sahaja. Jika tidak ada dalam tempoh dua tahun ini terpaksa lupakan sahaja,

"Bagi saya perkahwinan ada dua jenis iaitu dengan wanita muda yang mahukan keluarga baru atau berstatus ibu tunggal.

"Jika ibu tunggal tidak perlu tergesa-gesa kerana perkahwinan itu adalah atas dasar saling melengkapi antara satu sama lain," ujarnya.ujarnya kepada mStar Online.

No comments:

Post a Comment