Monday 10 July 2017

Gambar seksi Puteri Balqis di IG, ayah tampil beri penjelasan


Denagrnya Puteri Balqis Azizi, 10, telah menuutup ruangan komen di Instagram miliknya. Ayahnya, Azizi Aziz, memberitahu semuanya kerana dia tidak mahu emosi anaknya terganggu. Berdasarkan pengalaman sebelum ini terlalu banyak komen berbaur cacian, kejian dan hinaan dilempar netizen yang sekali gus menjejaskan emosi puterinya itu.

"Benar, memang kami sengaja menutup ruangan komen pada setiap posting gambar anak saya di Instagram kerana kami tahu dia tidak kuat untuk hadapi cacian dan tohmahan orang.

"Sebagai ayah saya tahu dia dah cuba jadi yang terbaik untuk diri dan kerjaya seninya. Malangnya masih ada orang yang sengaja mahu mencari salah-silap dia,

"Siapa saya nak tutup mulut orang tetapi satu pesan saya, nak menegur biarlah kena pada caranya, InsyaAllah saya boleh terima.

"Soal berpakaian tu, pada usianya sekarang saya hanya mahu dia jujur pada diri sendiri dan selesa apa yang dia buat.

"Tiba waktunya dia membesar dan matang macam orang lain juga," katanya kepada mStar Online.

No comments:

Post a Comment