Saturday 8 July 2017

Majlis pertunangan Mawar Rashid, Raf Yaakob (4 gambar)


Mawar Rashid selamat melangsungkan pertunangan dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob (adik Datuk Fazley Yaakob) dalam sebuah majlis tertutup di Roof Garden @ Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, semalam Jumaat.

Terdahulu, Raf telah menghantar rombongan merisik bersama keluarganya pada 7 Mei lalu.

Majlis pertunangan itu juga diadakan sebagai memperingati tarikh ulang tahun kelahiran arwah bapa Raf, Datuk Yaakob Mohammad selain bersempena jamuan santai Aidilfitri SukaSucre Creatives.

Turut hadir ialah ibu Raf, Datin Umi Kalsom Abd. Latib, isteri Fazley, Datin Azrene Ahmad dan ibu Mawar, Datin Marinee Abdullah.

Sementara itu, majlis pernikahan dan persandingan pasangan itu dijangka akan diadakan pada hujung tahun ini. Bagaimanapun mereka belum menetapkan tarikh sebenar majlis itu dan akan diputuskan kemudian. -mStarOnline

Baca lagi »

No comments:

Post a Comment