Thursday 20 July 2017

Selepas Lofattah, kini nama Alif Satar dengan Neelofa pula..

Wah dah lah dulu ada nama gabungan diantara Neelofa dengan Fattah Amin menjadi Lofattah, kemudian Fattah dengan Nur Fazura, Fatzura, kini yang terbaru gandingan Alif Satar dengan Neelofa dengan nama hashtag #Alofa untuk drama yang dibintangi mereka tidak lama lagi, Red Velvet.

Alif yang ditemui memberitahu sangat teruja berkerjasama dengan Neelofa dan tidak kisah jika hashtag gabungan namanya bersama Neelofa digunakan kerana hak peminat.

“Itu adalah hak peminat kerana saya tidak boleh menghentikan mereka daripada melakukannya. Lagi pun itu hanyalah sekadar hashtag dan ia tidak ada membawa maksud apa-apa pun.

“Sekurang-kurangnya dengan adanya hashtag itu akan memudahkan orang ramai untuk bercakap mengenai drama tersebut. Jadi saya tidak ada isu, nak letak…letaklah kerana jika dilihat pada sudut positif ia akan memberikan banyak kebaikan kepada drama tersebut,” jelas Alif memetik AstroGempak.

No comments:

Post a Comment