Thursday 3 August 2017

Abby Abadi puji Aliff Aziz!

Kebanyakkan orang mengkritik dan tak suka dengan Aliff Aziz buat masa ini. Namun lain pula bagi sesetengah pihak yang satu industri dengan beliau.

Abby Abadi merasakan tindakan Aliff mengaku salah itu harus dipuji dan ianya patut untuk dilakukan daripada terus berdolak dalih.

“Hebat lelaki ini, dia bersalah dan dia mengaku kesalahan dia. Dia tak reka-reka cerita untuk selamatkan diri, tahniah Aliff Aziz,

“Semua manusia melakukan kesilapan. Cuma awak ‘bernasib baik’ sebab Allah sedarkan awak cepat berbanding yang lain,

“Muhasabah diri k, Allah uji sebab Allah sayang. Semoga menjadi pedoman untuk menjadikan awak seorang lelaki yang lebih baik lagi untuk hari-hari seterusnya ye adik?

“Dan semoga menjadi pedoman juga kepada kita semua. Baik lelak baik perempuan. Baik suami atau isteri orang. Tua muda miskin kaya selagi bergelar manusia, sama-sama perbaiki apa yang kurang selagi Allah izinkan dan beri peluang,” tulis Abby di Instagram miliknya

No comments:

Post a Comment