Thursday 10 August 2017

Fasha Sandha dedah hubungannya dengan Mukhlis.. rupanya...

Heboh jejaka yang rapat dengan Fasha Sandha sejak beberapa hari ini telah menjadi bualan sehinggakan info mengenai jejaka berkenaan di keluarkan.

Namun bagi Fasha, tidak dinafikan jejaka bernama Mukhlis itu adalah jejaka yang pernah menyatakan rindu pada dirinya. Mukhlis juga memanggil Fasha dengan nama 'Nur'.

Memetik BharianOnline, Fasha menganggap hubungan mereka sebagai seorang sahabat walaupun pemuda terbabit dilihat sanggup datang ke Kuala Lumpur dari Kelantan untuk berjumpa dengannya.

"Setakat ini, kami hanya berkawan. Benar, dia pernah menyatakan rindu pada saya, tetapi saya tidak membalas perasaan itu buat ketika ini. Kesibukan tidak memberikan ruang untuk saya rindu pada sesiapa, kecuali anak-anak saya.

"Saya hargai apabila dia menyatakan sanggup datang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan saya dan anak-anak, namun saya menerima perkara itu dengan positif.

"Panggilan Nur untuk saya pula mungkin kerana dia mahukan kelainan. Nama saya Nur Fasha Sandha, mungkin dengan panggilan itu, dapat membezakan dirinya dengan orang lain," kata Fasha

No comments:

Post a Comment