Tuesday, 28 February 2017

Fattah dedah kenapa 'tidak mahu' dengan Neelofa lagi...

Fattah Amin akhirnya tampil membuat pengakuan tidak mahu berlakon bersama Neelofa didalam drama terbaru arahan Michael Ang iaitu Hero Seorang Cinderella. Pengakuan Fattah itu adalah susulan pengunduran diri Neelofa daripada drama berkenaan yang sepatutnya menggandingkan mereka berdua.
Saya sudah berbincang perkara ini secara peribadi dengan Neelofa untuk menjelaskan sebab saya tidak mahu berlakon dengannya dan dia bersetuju dengan keputusan tersebut. Keputusan itu juga dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh saya kongsi dengan peminat. Sepatutnya perkara ini tidak timbul dan berlarutan sehingga sekarang.

Adalah lebih baik untuk kami tidak berlakon bersama-sama pada masa terdekat. Mana tahu kalau ada rezeki pada masa akan datang, mungkin kami akan bergandingan semula.
Fattah hanya memberitahu tindakannya itu demi menjaga hati keluarganya dan Neelofa. Oleh itu, Fattah berharap peminat mereka dapat menerima keputusannya itu dengan baik dan tidak mahu fenomena Lofattah terus diperkatakan.

No comments:

Post a Comment