DUNIA robot kian menghampiri kita, terbaharu syarikat Domino’s telah memperkenalkan robot yang akan membuat penghantaran pizza terus kepada anda.
Memetik laporan www.highsnobiety.com melaporkan robot penghantar pizza berkenaan di bangunankan pasukan robotik di Australia iaitu dari syarikat Australia Marathon Robotik.
Robot penghantar pizza itu diberikan nama DRU (Domino’s Robotic Unit).
Menurut jurucakap pasukan robotik tersebut, idea itu bermula apabila pihaknya mula memikirkan bagaimana  cara untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan serta untuk merevolusikan pengalaman pelanggan.
"Ini sesuatau yang mengujakan, dan robot ini akan memudahkan urusan manusia nanti,"kata jurucakap tersebut.
DRU nanti akan dilengkapi dengan oven dan peti sejuk yang akan menghantar pizza anda menggantikan 'delivery service'  yang sedia ada.