PEWARTA Bernama di Singapura, Massita Ahmad berkongsi diari kehidupannya di Republik itu. Minggu ini Massita menulis betapa peritnya menunggu teksi untuk menyeberangi Tambak Johor ke Singapura pada hari Ahad.
SINGAPURA - Ahad lalu, saya hampir hilang sabar ketika menunggu teksi untuk ke Singapura dari Terminal Larkin di Johor Bahru.
Barisan penumpang sudah semakin panjang, daripada warga emas hinggalah kanak-kanak.
Saya menunggu hampir lima jam untuk mendapatkan teksi awam untuk pulang ke Singapura. Saya tidak menjangkakan keadaan akan menjadi begitu teruk sekali.
Saya yang baru kali pertama menggunakan perkhidmatan teksi awam di Terminal Larkin, Johor ini menjadi terpinga-pinga dengan keadaan itu.
Memang saya boleh mengambil bas awam atau berjalan menyeberangi tambak yang panjangnya hanya 1,056 meter.
Memandangkan saya membawa bagasi besar di samping menyandang sebuah beg, saya tidak mempunyai pilihan selain menggunakan teksi awam.
Meskipun hanya ada beberapa teksi sahaja yang muncul, saya dapati orang yang menunggu semakin berkurangan. Setelah beberapa ketika, baru saya tahu kenapa.
Mereka yang sudah letih menunggu memilih untuk menggunakan kereta sapu yang terdiri daripada van Unser dan Innova.
Pemilik kereta sapu mula menawarkan harga bermula S$25 (RM75) satu kepala untuk masuk ke republik.
Ini berbanding teksi awam yang mengenakan tambang tetap RM80 satu hala dan tambang ini dikongsi bersama tiga atau empat penumpang lagi.
Teksi awam akan menurunkan penumpang di terminal teksi Ban San Street sedangkan teksi sapu akan menghantar penumpang ke mana sahaja yang mereka hendak pergi.
Memandangkan ini kali pertama saya menunggu teksi di terminal ini, saya tidak pasti sama ada saya patut mengambil kereta sapu.
Saya cuba berdegil untuk menunggu walau kesabaran semakin menipis kerana saya ingin tahu apakah yang berlaku sebenarnya.
"Biasa lewat begini ke kak?" saya bertanya kepada seorang wanita yang berbaris bersama dua anaknya.
"Biasa. Hari cuti umum atau Ahad, sesak," jawabnya sambil tersenyum mungkin melihat saya yang gelisah sekejap duduk, sekejap berdiri sambil berpeluk tubuh.
Kelibat teksi mula kelihatan dan sememangnya giliran saya untuk menaiki 'teksi pertama' yang muncul sejak lima jam yang lepas.
Sebaik sahaja duduk dan teksi mula bergerak, saya terus mengajukan soalan kepada pemandu.
"Uncle kenapa tiada teksi ya? Saya sudah tunggu lima jam. Kereta sapu pun sudah ambil kesempatan."
Mungkin sudah biasa dengan nada tegang sebegitu, dengan tenang "Uncle" itu pun menjawab.
"Hari ini hari Ahad. Kita tidak boleh paksa pemandu teksi untuk bekerja. Mereka juga ada keluarga. Mereka juga mahu rehat.
"Kamu juga bawa barang. Jika tidak pasti kamu sudah menaikki bas," kata beliau seperti tahu apa yang saya rungutkan dengan bagasi besar saya.
"Kereta sapu.. kita tidak boleh hentikan sebab ada permintaan. Kamu bertiga memilih untuk tunggu tidak seperti penumpang yang lain," katanya lagi.
Dua penumpang rakyat Singapura seperti sudah lali dengan keadaan itu, hanya mengangguk-anggukkan kepala seolah bersetuju dengan kata-kata "Uncle".
Kemarahan saya sudah mulai reda dan saya menikmati perjalanan itu walau beberapa soalan masih bermain-main di kepala.
Tiba-tiba penumpang yang seorang lagi bersuara, "Aishh sesak teruk!" sebaik teksi membelok.
"Rata-rata rakyat Singapura yang masuk ke sini setiap hujung minggu. Lihat saja nombor pendaftaran kenderaan kereta-kereta itu," jawab pemandu teksi.
"Sekarang kamu sudah nampak satu lagi sebab mengapa tiada teksi mahu masuk ke Singapura hari ini," katanya sambil menoleh sedikit ke arah saya yang duduk di kerusi belakang.
Di hadapan saya kelihatan deretan kereta yang panjang lebih tiga kilometer untuk memasuki Bangunan Sultan Iskandar bagi pemeriksaan imigresen.
Saya tidak pernah membayangkan kesesakan yang seteruk ini di Tambak Johor menuju ke Johor semasa hujung minggu,
"Mereka ambil kesempatan untuk membeli-belah barang harian, menikmati makanan dan makan angin. Daripada satu sudut ia baik untuk ekonomi negara kita.
"Bukan sahaja sekarang ketika nilai wang mereka semakin besar. Sejak dulu lagi mereka datang," kata "Uncle" yang sudah membawa teksi hampir 15 tahun.
Nilai matawang Singapura mengukuh hampir 25 peratus berbanding ringgit sejak tiga tahun yang lepas.
Setiap satu dolar Singapura sekarang nilainya sekitar RM3. Ini menjadikan barang-barang tiga kali lebih murah di Malaysia untuk rakyat Singapura.
Seorang rakan Singapura saya pernah memberitahu saya setiap kali datang ke Malaysia, mereka akan tinggal di hotel yang mengenakan bayaran S$300 (RM900) satu malam.
"Ia sangat berpatutan," katanya tanpa sedar telah membuat saya 'tertelan air liur' mendengar kata-katanya kerana ia terlalu mahal buat saya.
"Ke mana lagi kami mahu pergi? Singapura ini kecil sahaja. Malaysia tempat terdekat untuk kami habiskan waktu hujung minggu.
"Dengan menaiki MRT, kamu boleh sampai ke setiap penjuru republik ini dalam masa 45 minit sahaja dari pusat bandar.
"Kami suka ke Malaysia kerana masih ada kawasan kampung yang cantik seperti di Melaka," katanya bila diajukan soalan ke mana dia menghabiskan waktu hujung minggu.
Tambahan pula, katanya, mereka masih mempunyai saudara-mara di Malaysia.
"Negara sahaja berpisah tetapi tidak saudara-mara. Bagaimana sesak pun Tambak Johor kami tetap akan datang ke negara kamu," katanya sambil tersenyum.
Kenyataan ini jelas membuktikan masih kukuh ikatan erat antara dua buah negara yang berjiran.

No comments:
Post a Comment