LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Ahli bina badan dan bintang gusti profesional, Chyna atau nama sebenar Joan Laurer, 46 dijumpai maut di atas katil di apartmennya di Redondo Beach, semalam.
Menurut laporan Metro, siasatan awal polis mendapati terdapat tanda-tanda penyalahgunaan dadah berlebihan di lokasi Chyna ditemui.
Sebelum ini, Chyna pernah mengakui mengalami masalah penyalahgunaan dadah secara terbuka.
Selain aktif dalam sukan gusti dan bina badan, Chyna juga merupakan seorang pelakon dan model.
Pemergian mengejut Chyna menggegarkan dunia sukan gusti profesional dan peminat gusti di serata dunia menyampaikan takziah di laman sosial.