Wednesday 27 April 2016

Lisa makin gemuk, ini komen cool Yusry..

Ramai yang mengkritik bentuk badan Lisa Surihani yang kini sedang meningkat naik aka gemuk selepas bersalin. Bagi Suaminya, Yusry, dia tidak kisah mengenai hal itu, namun percaya yang Lisa sangat berdisiplin jika nak diet semula ke bentuk asal badannya.

"Saya rasa, sesiapa pun yang bergelar isteri selepas bersalin, keinginan untuk menguruskan berat badan pastinya ada. Cuma, saya lihat apa yang dilakukan Lisa bukan kerana dia ambil peduli badan berisi atau runsing soal berat badan, tetapi lebih kepada menitikberatkan soal kesihatan.

Bagi saya soal menjaga kesihatan bukan lagi semata-mata untuk kurus, tetapi sudah menjadi gaya hidup. Bayangkan jika kelahiran anak pertama saja sudah mengubah kekentalan diri, macam mana pula kalau ada rezeki untuk mendapatkan anak kedua?.

Jadi, ia sebenarnya lebih kepada langkah berjaga-jaga. Bagaimanapun, memang disiplin Lisa sangat tinggi untuk menguruskan badan. " katanya kepada BH PLUS

No comments:

Post a Comment