Razilah menunjukkan gambar lelaki yang didakwa menyamar sebagai anggota KPDNKK.
SEREMBAN - Seorang lelaki tergamak menyamar sebagai anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri untuk mengelak dari dikenakan bayaran selepas menikmati makanan di Medan Selera Ampangan.
Peniaga kedai makan, Razilah Yusof, 56 berkata, dia didatangi lelaki berusia lingkungan 30-an kira- kira jam 2.30 petang pada Jumaat lalu yang mendakwa dirinya anggota KPDNKK dan enggan membayar harga nasi campur RM7 yang sudah dimakannya.
"Waktu itu tak ada orang di kedai dan dia (lelaki terbabit) mengambil nasi campur. Selesai makan, dia tanya kepada saya berapa harga ikan, ayam yang dijual dan saya menerangkan kepadanya satu persatu.
"Kemudian dia beritahu harga yang saya tetapkan itu terlalu mahal dan memperkenalkan dirinya sebagai anggota KPDNKK Seremban.
"Saya minta dia tunjuk kad kuasa jika betul dia anggota KPDNKK, namun dia gagal berbuat demikian dan terus pergi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Razilah berkata, lelaki yang kononnya anggota KPDNKK berkenaan enggan membayar harga nasi campur RM7 dengan alasan caj dikenakan terlalu tinggi.
Katanya, harga makanan di kedainya dikenakan adalah harga standard jika pelanggan mengambil ayam atau ikan mengikut saiz.
"Kalau makan di mana-mana pun sekarang ini harga adalah sama anggaran RM 6 ke RM 7, itu belum mereka yang mengambil udang atau ketam, itu lain pula harganya.
"Bagi saya tidak timbul isu mahal kerana sekarang ini harga barang mentah yang dijual di pasar juga tinggi sehingga memberi kesan kepada peniaga kedai makan," katanya.
Dia turut menasihatkan peniaga kedai makan supaya berwaspada dengan seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota KPDNKK bertujuan mengelakkan diri dari dikenakan bayaran makanan yang diambilnya.

No comments:
Post a Comment