SKUDAI - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Nagoya Institute of Technology (NIT) membangunkan prototaip dikenali sebagai Surrogate Human Sensor (SHS) bagi mengesan gelombang haba sebagai persediaan awal memantau fenomena strok haba.
Pengarah Kelestarian Kampus UTM, Prof Madya Ir Mohd Fadhil Md Din berkata, sistem itu mampu mengukur kesan strok haba seawal 12 jam dengan mengambil kira empat faktor termasuk suhu, kelembapan, kelajuan dan pengamatan solar sebagai elemen cerapan.
Katanya, sistem itu yang dibangunkan dengan kos RM300 oleh empat penyelidik sejak 2010 telah diuji keberkesanannya bagi memantau kesan strok haba di kampus UTM pada Februari lalu dan terbukti mampu mengesan strok haba lebih awal.
“Prototaip ini akan mengukur tahap gelombang haba dan menghasilkan formula mengikut lima indeks tahap keselesaan manusia terhadap kesan haba iaitu selesa, baik, tidak selesa, teruk dan sangat teruk.
“Sistem ini mampu mengukur dalam tempoh 12 jam sebelum proses strok haba bermula dan orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila indeks bacaan berada pada tahap teruk,” katanya.
Mohd Fadhil berkata, alat pengukur suhu yang biasa digunakan pada ketika ini tidak dapat mengukur kesan strok haba dengan tepat kerana hanya menunjukkan perubahan suhu persekitaran secara kasar.
“UTM merancang membina prototaip mudah alih yang lebih mesra pengguna untuk mengkomersialkan sistem ini mulai tahun depan agar dapat digunakan secara meluas untuk membantu masyarakat,” katanya.
Dalam pada itu katanya, negara ini diramal mengalami peningkatan suhu sehingga lebih 40°C berikutan kesan pencemaran gas rumah hijau disebabkan peningkatan karbon dioksida dalam tempoh 10 tahun akan datang khususnya di kawasan bandar.
“Hasil kajian kita menunjukkan Malaysia akan mengalami peningkatan suhu 1.2°C pada setiap tahun dan menyebabkan manusia terdedah kepada penyakit haba dengan lebih kerap,” katanya.

No comments:
Post a Comment