Menurut Aedy, dia tidak pernah menganggap Fasha lebih daripada seorang kawan, malah mereka saling membahasakan diri sebagai adik dan kakak lapor Mynewshub.
“Saya tidak pasti kenapa Jejai menegur saya begitu. Mungkin kerana dia nampak saya akrab dengan Fasha.Penjelasan Aedy ini timbul bagi mengulas mengenai gosip yang mendakwa dia ‘diserang’ Jejai dalam satu kejadian, baru-baru ini.
“Sebenarnya saya dan Fasha rapat. Kami saling mengenali sejak lima tahun lalu. Selepas lama tidak berjumpa, kebetulan kami berlakon bersama dalam drama bersiri Lara Aishah,” katanya, seperti disiarkan BH Online.
Ketika ‘diserang’ Aedy dikatakan sedang berbual bersama Fasha dan beberapa kenalan lain, sebelum didatangi Jejai.
No comments:
Post a Comment