RIYADH - ARAB SAUDI. Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman mengumumkan perubahan dalam kerajaan selain memecat beberapa menteri dalam rombakan Kabinet terbesar di negara itu, kelmarin.
Menerusi dekri diraja, beberapa kementerian termasuk tenaga, air, hal ehwal sosial, kesihatan dan haji turut diberi pembaharuan.
Media tempatan melaporkan, perubahan paling mengejutkan adalah pemecatan Menteri Minyak, Ali al-Naimi yang telah lama memegang jawatan itu dan beliau digantikan dengan Khaled al-Faleh yang sebelum ini dilantik sebagai Menteri Kesihatan.
Selain itu, beberapa kementerian juga mengalami perubahan dari segi nama dan misi yang mana Kementerian Buruh dan Hal Ehwal Sosial bergabung menjadi entiti tunggal.
Dalam satu kenyataan, sumber istana memaklumkan rombakan Kabinet itu dilakukan berdasarkan kepada beberapa strategi bersepadu dan kajian pakar.
"Perubahan ini membolehkan Saudi meneruskan proses pertumbuhan dan pembangunan di negara itu," jelasnya.
Difahamkan, keputusan itu dibuat sebagai langkah untuk menyokong usaha kerajaan yang terpaksa bergelut dengan defisit bajet dari tahun ke tahun akibat kejatuhan harga minyak dunia.

No comments:
Post a Comment