Bella Dally berkata tiada apa yang boleh dikongsi memandangkan sehingga kini dia dan tunangnya, Nazim Othman masih belum dapat mengumumkan tarikh pernikahan sebaliknya menyerahkan kepada rezeki dan penajaan.
"Dari dulu saya kurang gemar bercerita kisah peribadi berbanding kerjaya. Malah, lebih baik sekiranya perancangan perkahwinan diumumkan sendiri oleh Nazim kerana tidak manis rasanya dilakukan pihak perempuan.
"Buat masa ini kami sibuk dengan kerjaya hingga tidak sempat untuk duduk berbincang mengenai hal kahwin. Mengenai soal tajaan, kami menerima baik andai kata ada pihak yang berhasrat untuk menaja tetapi perlu bersesuaian dengan tema kami," katanya memetik Bharian Online
No comments:
Post a Comment