Awal, 35, sebaliknya menjelaskan dia dan isterinya Scha Al-Yahya akan menapis setiap tawaran diberikan melainkan ia bersesuaian dengan umur anaknya itu.
"Rasanya istilah menjual anak itu agak kasar kerana sebagai ibu-bapa kami sentiasa memastikan tawaran yang datang ditapis terlebih dahulu dan tidak sewenang-wenangnya bersetuju.Dalam pada itu, Awal berkata, kesemua bayaran yang diterima disimpan dalam akaun Lara untuk kegunaan kanak-kanak itu pada masa hadapan.
"Bagi saya tawaran yang datang adalah rezekinya dan kebanyakannya ia turut melibatkan kami sebagai sebuah keluarga," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun kata Awal, apabila Lara memulakan pra-persekolahan dalam masa dua tahun lagi dia mahu anaknya itu menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.
No comments:
Post a Comment