Friday, 20 May 2016

Rumah tangga musnah? ini komen Ani Mayuni

Ani Mayuni menganggap insiden pergaduhan dengan suaminya, Zairi Azmi yang berlaku empat tahun lalu memberi hikmah sekali gus menolak dakwaan rumah tangga mereka sudah bernoktah.

Ani Mayuni berkata, kejadian hitam yang pernah berlaku itu membuka ruang kepada beliau dan suami memperbaiki diri sekali gus membuatkan mereka lebih menghargai satu sama lain.

"Ramai yang keliru dengan status saya kerana pernah membuat laporan polis terhadap suami beberapa tahun lalu. Ia terpaksa dibuat namun saya mengakui pergaduhan itu berpunca dari mulut saya sendiri.

"Sebagai isteri, saya seharusnya bertolak ansur dengan suami dan bukan mencari punca untuk meledakkan lagi api kemarahan. Alhamdulillah insiden yang berlaku mengeratkan hubungan kami suami isteri sekali gus lebih mengenali satu sama lain.

"Tidak dinafikan kejadian yang berlaku memberi impak buruk kepada suami. Apa yang pasti saya lebih bahagia berada di samping suami dan anak-anak yang sedang membesar. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya," katanya kepada BH Online.

No comments:

Post a Comment