Monday, 22 August 2016

Datuk Red mahu beristeri 4 pada usia 40 tahun!

Beristeri dua nampaknya belum mendatangkan kepuasan buat ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu. Suami penyanyi Adira ingin menggenap "kuota” empat isteri dua tahun lagi.

Adnan, 38, berkata sudah menjadi lumrah lelaki sepertinya tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada, merangsang beliau beristeri empat pada usia 40 tahun.
“Lelaki memang tidak pernah puas. Macam perniagaan, saya tidak puas. Impian saya, saya hendak kahwin empat sebelum umur 40.

“Saya hendak buat versi baru [pelawak] Salih Yaacob. Kalau Salih, mungkin nombor satu sudah tua. Tetapi saya, [isteri] nombor satu masih 30, bergetah lagi.

“Mungkin isteri nombor tiga atau empat ini, isteri pertama dan kedua akan pinangkan. Gempak, tidak?” katanya,
Adnan, mesra juga disapa Datuk Red, bernikah diam-diam penyanyi Siti Adira Suhaimi pada Disember lalu selepas hampir sedekad mendirikan rumah tangga bersama Syarifah Norshafila Hassim.

Memiliki lima orang anak, termasuk dua daripada perkahwinan sebelum itu, pemaju hartanah ini bakal menimang seorang lagi cahaya mata apabila penyanyi Dewi Cinta disahkan hamil 10 minggu. -themalaymailonline.com

No comments:

Post a Comment