Majlis pernikahan mereka akan dilangsungkan di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara. Menurut Fara, mereka memilih untuk melangsungkan majlis pernikahan pada sebelah pagi, manakala acara resepsi pula diadakan pada tengah hari tarikh yang sama.
Majlis bertandang pula dirancang berlangsung seminggu selepas acara akad nikah, di Kuala Lumpur. Pada sidang media itu Fara turut memberitahu, tiada majlis pertunangan dilangsungkan antara dirinya dengan Hafiz.
"Kami tidak bertunang, sebaliknya hanya majlis bertemu keluarga diadakan sekitar Februari lalu. Majlis kahwin saya nanti juga sangat sederhana dan ringkas. Kemeriahan itu saya percaya akan dirasa daripada tetamu yang hadir.
"Saya pun banyak bertekak 'manja' dengan ibu bapa kerana saya tidak mahu mengadakan beberapa acara berbeza, seperti sering dilakukan ketika perkahwinan. Saya enggan menyusahkan sesiapa," katanya memetik Bharian
No comments:
Post a Comment