Penyokong JDT dan Perak membaling objek selepas tercetusnya pergaduhan setelah tamat perlawanan Liga Super di Stadium Perak malam tadi.
IPOH - Polis menahan dua penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang telah membawa masuk suar ke dalam Stadium Ipoh pada perlawanan Liga Super antara pasukan Perak dan JDT, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata satu kertas siasatan telah dibuka terhadap dua penyokong berkenaan yang masing-masing berumur 25 dan 31 tahun itu di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
"Dua lagi kertas siasatan juga dibuka iaitu mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan 148 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Kata beliau, pihaknya telah menerima sebanyak tujuh laporan polis sehingga jam 4 petang tadi yang membabitkan dua laporan kecederaan pegawai atau anggota polis yang bertugas serta lima laporan daripada penyokong Perak.
Menurutnya, satu kejadian pergaduhan telah berlaku selepas tamat perlawanan antara penyokong pasukan Perak dan JDT ekoran provokasi antara kedua-dua belah pihak.

No comments:
Post a Comment