Rita tidak berniat ingin meminta-minta, tetapi mahu mengingatkan Aidil tentang tanggungjawab seorang bapa meskipun mereka sudah berpisah.
"Tak ada pun baju raya, duit raya atau belanja raya yang diberikan oleh bapa mereka tahun ini. Bulan Syawal pun akan habis beberapa hari lagi tapi apa pun Aidil tak beri pada mereka.
Dia beruntung kerana anak-anak masih kecil dan tidak pernah bertanyakan hal tersebut tetapi alangkah manisnya jika dia turut sama memikirkan dua permata hatinya untuk sama-sama gembira di hari lebaran.
Susah nak cakap hal macam ini sebab bukan kali pertama anak-anak tak menerima apa-apa sebaliknya sejak dahulu lagi. Tapi tak mengapa, saya masih mampu lagi bekerja dan memberikan mereka kelengkapan.
Dahulu dia pernah memuat naik di laman sosial gambar beg kertas yang kononnya mengandungi baju raya untuk anak-anak. Sampai ke sudah tak dapat pun. Jadi tak ada apa lagi yang boleh diharapkan untuk mereka." -kata Rita
No comments:
Post a Comment