Penyanyi dan pelakon itu, meluahkan rasa syukur menerusi akaun Instagram apabila ayah kepada bayinya yang kini berusia sembilan bulan melawat si kecil di kediamannya di Cyberjaya, semalam.
"Syukur, Sefhia tidak menangis walau pun terlalu lama tidak berjumpa dengan bapanya. Semoga lawatan ini berterusan demi masa depan anak," kongsinya.Sementara itu, menerusi status sama, Elly yang menyandang gelaran ibu tunggal selepas melahirkan Sefhia pada 9 Mac lalu seakan memberi peringatan supaya bekas suaminya mengutamakan kepentingan bayi berkenaan.
"Bercinta tidak salah, asalkan hak anak jangan disia-siakan. Jangan dihalang apabila bapa ingin berjumpa dengan anaknya dan jangan asyik bercinta sampai lupa darah daging sendiri," katanya memetik BharianOnline.
No comments:
Post a Comment