Faizul berkata, teguran itu juga secara tidak sengaja ditujukan kepada pelakon Fattah Amin dan beberapa artis lain yang muncul dalam industri muzik tanpa persediaan yang cukup.
"Saya menghantar mesej itu kepada sesiapa sahaja dalam industri agar menyiapkan diri dahulu sebelum memasuki bidang nyanyian atau apa-apa bidang lain.
"Ramai pekerja industri yang bekerja secara profesional, mereka ambil masa lama untuk asah bakat mereka sebelum keluar dikhalayak. Jadi tolong persiapkan diri anda dahulu kemudian keluar dan menyanyilah dengan baik,"
"Saya gunakan hashtag #patah #amin juga sebagai cara agar mesej tersebut sampai kepada netizen, jika sekadar tweet ilmiah tiada siapa yang tertarik untuk baca.
"Saya mahu mereka berfikir kami bekerja dalam industri bukan secara cincai sahaja, ia memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti," ujarnya kepada mStar Online.
No comments:
Post a Comment