Difahamkan Saharul sering dirasuk ketika penggambaran telefilem tersebut dan isterinya, Deena Emir dinasihatkan untuk tinggal berasingan kerana bimbang Saharul mungkin akan bertindak diluar kawalan. Saharul juga dikatakan sering meracau dan muntah-muntah sepanjang penggambaran dijalankan.
Berang dengan dakwaan berkenaan, Saharul menyifatkan ia satu fitnah kerana rumah tangganya bersama Deena Emir tidak mengalami sebarang masalah.
"Itu semua (tinggal berasingan) tipu. Perkara ini sudah jadi fitnah, adakah orang yang sebarkan perkara ini tak tahu hukum fitnah?
Saharul juga merasa hairan kenapa ada sesetengah pihak yang sanggup membuat cerita yang tidak benar mengenai rumah tangganya yang masih lagi baru.
Ini melibatkan keluarga, saya hairan kenapa mereka nak fitnah saya? Saya tak ada musuh, tapi kalau orang lain nak bermusuh dengan saya tak pastilah. Namun saya faham bila berada dalam industri ini, banyak orang bercakap (baik dan buruk). Saya sendiri dengar banyak perkara, tapi saya ikut jalan yang lurus…yang satu." -katanya memetik mStar Online
No comments:
Post a Comment