"Ada hikmah juga kami bertunang dalam tempoh yang singkat kerana masing-masing tak sempat nak terasa hati.
"Walaupun ada sedikit merajuk dan salah faham, tapi ia bukanlah isu yang besar antara kami. Tak sempat nak bergaduh pun, semuanya berjaya diselesaikan segera," katanya.
Cerita Hafiz lagi, dia bersyukur apabila Joy atau Siti Arifah Mohd Amin memahami komitmennya sebagai selebriti.
"Jadual saya memang padat sehingga sehari sebelum majlis pernikahan kerana perlu menghadiri persembahan di Kota Kinabalu pada petang Ahad dan malam.Mereka dijadualkan akan berkahwin pada hari Ahad ini.
"Perkara ini sudah saya maklumkan lebih awal kepada Joy, nasib baik dia faham," katanya kepada mStar Online
No comments:
Post a Comment