"Masa mula-mula dahulu dia memang sayangkan dan rapat dengan Yusof tetapi selepas dia melihat saya menyusukan adiknya, Yahaira mula berubah sikap.
"Dia sering menangis apabila nampak saya menyusukan Yusof dan meragam untuk mendapatkan perhatian saya dan suami.
"Saya tidak mahu Yahaira berasa sedih begitu kerana dia rasa seperti diketepikan.
"Situasi itu benar-benar buat saya patah hati kerana saya dalam dilema kerana perlu memastikan Yusof mendapat perhatian dan diberikan susu badan," katanya.
Bagaimanapun kata Lisa, dia melihat situasi itu sebagai satu proses pembelajaran untuknya dalam memastikan kedua-dua anaknya mendapat perhatian sama rata.
Kata Lisa, amat penting bagi ibu-bapa untuk membahagikan masa sama rata agar anak-anak yang masih kecil tidak berasa terabai.
"Secara perlahan-lahan saya mula belajar untuk membahagikan masa agar tiada di antara mereka merasakan seperti tidak penting dan mendapat kasih sayang sama rata.
"Walaupun sudah mempunyai cahaya mata tetapi dengan kehadiran Yusof saya sedar kaedah penjagaan dan mendidik anak itu tidak lagi sama dan perlu mengikut situasi mereka," jelasnya kepada mStarOnline.
No comments:
Post a Comment