Thursday 28 September 2017

Edisi sweet! Fattah bagi 500 kuntum bunga kepada Fazura

Sambutan ulang tahun kelahiran ke-34 Nur Fazura Sharifuddin mencatat kenangan manis buat aktres terkenal itu apabila beliau menerima 500 kuntuman bunga mawar putih dan merah jambu.

Lebih mengejutkan Fazura, jambangan bunga gergasi itu dihadiahkan oleh teman, yang juga gandingannya dalam drama rantaian Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin.
"Sebelum majlis pelancaran hari ini, Fattah ada menghantar mesej kepada saya untuk mengucapkan selamat maju jaya dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan penggambaran.

"Hadiah bunga itu memang satu kejutan. Terima kasih Fattah kerana menjadi sahabat yang baik. Ketika saya nampak bunga itu, saya ingat ibu yang berikan, tetapi rupa-rupanya bukan. Pandai dia nak kenakan saya," kata Fazura.
Sebelum ini, walaupun berada jauh di luar negara, Fattah turut membuat kejutan dengan menghadiahkan 50 kuntuman ros merah dan kad ucapan berbentuk hati ketika Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu meraikan ulang tahun hari lahirnya, pertengahan bulan ini.

No comments:

Post a Comment