Wednesday 27 September 2017

Fazley Yaakob dedah kehidupan susahnya sebelum ini..

Bersusah-susah dahulu, bersenang-lenang kemudian. Itulah yang berlaku kepada Datuk Fazley Yaakob yang difahamkan pernah bekerja sebagai pencuci tandas dan pencuci pinggan.

Fazley memberitahu yang dia pernah bekerja di sebuah restoran India ketika belajar di New Zealand. Bukan sebab nak cari pengalaman, tapi mahu menampung kos hidup di sana.
"Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya ketika berusia 18 tahun, saya pernah bekerja separuh masa sebagai pencuci tandas di sebuah restoran India.

"erkara itu dilakukan untuk mendapatkan pendapatan sampingan sebelum saya dinaikkan pangkat menjadi pencuci pinggan, gaji ketika itu 10 dolar sejam dan sehari saya bekerja selama lapan jam.

"Dari situ saya belajar memasak dan mengenali rempah-rempah. Kadang-kadang kalau cef tiada saya yang kena masak makanan kepada pelanggan.

"Bermula dari situ minat memasak saya datang sebelum saya bertekad ingin fokus terhadap bidang ini dan mencari pelbagai rujukan yang boleh dijadikan panduan untuk bergelar seorang cef," ceritanya kepada Astro Gempak.

No comments:

Post a Comment