Wednesday, 24 January 2018
MASIH SOLO & BUJANG - AIDIL AZIZ TAK TOLAK KONTROVERSI PUNCANYA
"Saya tak nafikan mungkin ada perempuan takut nak dekati saya kerana kisah lalu dan mereka masih dibayangi cerita lama. Boleh jadi itu penyebab mengapa saya masih solo dan bujang lagi.
"Tapi tak apa, sekarang ini fokus saya mahu bina semula karier dan perniagaan," kata pelakon Aidil Aziz yang tidak menolak kemungkinan kontroversi lalu menjadi punca dia masih membujang dan belum mempunyai teman wanita.
Menurut Aidil atau Mohd Aidil Abdul Aziz, 31, sehingga kini dia masih belum menemui calon wanita yang sesuai untuk dijadikan sebagai isteri.
Sebelum ini, Aidil dan dua rakannya didakwa di mahkamah atas tuduhan mengedar ganja seberat hampir 500 gram pada 7 Oktober 2016.
Bagaimanapun, Aidil terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur meminda pertuduhan daripada mengedar dadah jenis ganja kepada memiliki dadah pada Disember tahun yang sama.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Aidil berkata dia mengimpikan seorang wanita yang memahami kariernya sebagai anak seni.
Malah, dia juga mahukan seorang isteri yang sentiasa menyokong perjalanan hidupnya, tambahan pula dia pernah berdepan sejarah hitam.
"Saya tak kisah siapa pun bakal calon isteri. Cuma saya harap dia memahami karier saya dan sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang.
"Soal jodoh, ajal dan maut ini semuanya ketentuan Allah SWT dan saya menerima dengan hati terbuka lambat atau cepat ia datang," ujarnya yang mahu fokus dengan lakonan dan perniagaan.
Dalam pada itu, pelakon drama 'Vila Ghazara' berkata peristiwa hitam dilalui olehnya dua tahun lalu membuatkan dia lebih berfikiran positif.
"Sekarang ini saya hanya mahu berfikiran positif dan tidak mahu terus dibayangi kisah lalu, saya mahu berdiri semula dan bina keyakinan orang ramai.
"Saya anggap apa yang berlaku sebagai pengajaran dan sekarang ini adalah waktu untuk bangkit semula dan percaya setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya," tuturnya yang sentiasa mendapat sokongan keluarga dan rakan industri.
Aidil kini memulakan perniagaan mangga asam boi, Kingmangifera dan RM1 dari setiap pembelian didermakan kepada rumah anak yatim dan golongan memerlukan.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
via My Artis
Labels:
Gosip
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment