Saturday, 26 March 2016

Aliff Syukri berniat untuk tidak lagi berimej gedik

Dengar sahaja tagline Terlajak Laris, pasti semua tahu siapakah pemilik suara tersebut bukan? Namun, Dato’ Aliff Syukri ingin meninggalkan imej “gedik” tersebut seperti yang dikritik oleh orang ramai dan mahu tampil lebih macho dan serius sesuai dengan dunia koprat serta umurnya.
Dari segi perniagaan, saya tidak lagi mahu tampil dengan gimik seperti dahulu kerana umur yang hampir mencecah 30-an. Sebaliknya, saya mahu tampil dengan gaya macho dan berpakaian korporat.

Sebenarnya di sebalik aksi seperti itu, saya sering memikirkan untuk melancarkan strategi baru di pasaran. Saya mahu nama produk saya menjadi gah di liga perniagaan. Saya tidak mahu hanya nampak seperti tin kosong, banyak cakap tetapi tidak laku.
Meskipun Dato’ Aliff Syukri kelihatan agak gedik dalam iklannya tetapi tidak bermaksud beliau begitu. Mungkin dengan perubahan terbaru beliau nanti akan ada hikmah disebaliknya. Siapa tahu selepas ini produk beliau lebih meletup.

No comments:

Post a Comment