PARIT BUNTAR - Sepasang suami isteri merayu bantuan dana RM6,000 bagi membiayai kos perubatan bulanan anak bongsu mereka, Muhammad Muaz Mukhriz yang menderita penyakit peparu kronik dikenali jangkitan Respiratory Synctial Virus (RSV).
Pekerja kilang, Mohd Aizam Hamzah,33, berkata, kisah penderitaan Muhammad Muaz berusia setahun dua bulan pernah disiarkan Sinar Harian tahun lalu apabila pihaknya memohon dana berjumlah RM18,617 bagi membolehkan anak dibekalkan dengan ubat khas merawat jangkitan RSV.
Menurutnya, permohonan bantuan dana perubatan itu kini dalam pertimbangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) memandangkan isterinya, Noridawati Md Nor,39, merupakan seorang penjawat awam.
"Namun, kami kini berdepan tekanan memenuhi keperluan kos perubatan bulanan Muhammad Muaz berjumlah lebih RM500 sebulan memandangkan anak kami memerlukan bantuan ubat khas yang perlu dibeli di klinik swasta bagi mengurangkan gejala asmanya.
"Hampir setiap bulan, Muhammad Muaz memerlukan bantuan ubat khas berkenaan sebanyak lebih sepuluh kali kerana kerap berdepan masalah asma dan sesak nafas.
"Ditambah keperluan pemberian susu formula khas untuk memastikan nutrisi diterimanya mencukupi selain kos berulang-alik ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan susulan, saya dan isteri perlu mencari dana tambahan sekurang-kurangnya RM500 untuk keperluan Muhammad Muaz," katanya kepada media sewaktu ditemui di rumahnya di Taman Berlian, di sini semalam.
Mohd Aizam berkata, Muhammad Muaz dijangka akan menjalani satu pembedahan berkaitan penyakit RSV dihidapinya pada Februari tahun hadapan.
Menurutnya, pihaknya berharap dana tambahan RM6,000 diperolehi dapat mengurangkan beban kewangan dihadapi dirinya dan isteri kelak sehingga tempoh pembedahan itu.
"Meskipun isteri saya berstatus seorang guru dan penjawat awam, kami kini buntu mencari jalan untuk mendapatkan tambahan dana diperlukan berikutan mereka turut menanggung pelbagai komitmen hutang lain.
"Selain itu, masalah kekerapan Muhammad Muaz sakit menyebabkan saya sering mengambil cuti kecemasan dan tindakan itu agak menjejaskan prestasi saya di tempat kerja,"katanya.
Mohd Aizam berkata, pihaknya turut berterima kasih di atas keprihatinan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Kerian dan Baitulmal hadir menziarahi Muhammad Muaz pada tahun lalu.
"Bukan niat kami meraih simpati daripada orang ramai untuk mengambil kesempatan, malah apabila kisah Muhammad Muaz disiarkan di dalam akhbar sebelum ini, terdapat segelintir pihak mencemuh kami.
"Bagi kami, segala inisiatif dibuat semata-mata memastikan Muhammad Muaz dapat hidup normal seperti kanak-kanak lain dan saya berharap rayuan kami tidak disalah erti masyarakat,"katanya.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Muhammad Muaz Mukhriz menghidap penyakit RSV setelah dilahirkan pramatang selain menghidap penyakit jantung berlubang serta komplikasi otak.
Mohd Aizam berkata, apabila anaknya itu dilahirkan pramatang enam bulan dengan berat badan 922 gram, dia terus menerima rawatan komplikasi jantung di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Taiping setelah doktor menyatakan risikonya untuk terus hidup adalah 50/50.
Selain itu, Muhammad Muaz turut menjalani rawatan otak dan mata bagi memastikan kedua-dua organ utama itu berfungsi seperti biasa.
"Keadaan paru-paru yang dijangkiti kuman RSV menyebabkan oksigen tidak dapat masuk secukupnya.
"Kesan jangkitan itu, dia bukan sahaja tidak boleh menghidu bau asap, malah tidak boleh didekati habuk dan debu," katanya.
Berikutan itu, Individu dan syarikat korporat yang ingin menyalurkan sumbangan dana atau bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank MBB 157102604080 atas nama Mohd Aizam Hamzah atau menghubungi talian 011-1447 5336 untuk maklumat lanjut.

No comments:
Post a Comment