Saturday 5 March 2016

Feri bawa 51 penumpang karam



Feri bawa 51 penumpang karam
Feri bawa 51 penumpang karam

BALI - INDONESIA. Operasi menyelamat sedang dijalankan selepas sebuah feri yang membawa 51 penumpang karam di antara pulau Bali dan Jawa, lapor Mail Online.
Ketua agensi mencari dan menyelamat Jawa Timur, Muhammad Arifin, berkata, lebih daripada 50 orang telah berjaya diselamatkan.
Namun, Arifin bagaimana tidak dapat mengesahkan sama ada kesemua penumpang yang berada di dalam feri berkenaan telah diselamatkan dan berkata agensi itu sedang cuba mendapatkan maklumat terperinci berhubung perkara itu.
Kapal itu sedang dalam perjalanan dari pelabuhan Gilimanuk di Bali ke Banyuwangi di Jawa.

No comments:

Post a Comment