Antara peserta yang menyertai acara tersebut.
HUNAN - CHINA. Beberapa suami di China merelakan diri mereka ditumbuk sempena meraikan Hari Wanita semalam.
Beberapa lelaki di perkampungan di Laojunshan, wilayah Henan dikerumuni puluhan wanita yang menyertai acara ini di mana mereka berpeluang "menumbuk" suami masing-masing, lapor People Daily Online.
Lelaki yang mengambil bahagian dipakaikan beg udara berwarna biru terlebih dahulu yang tertulis: "Jika anda marah sila pukul saya" sebelum ditumbuk pasangan.
Bagaimanapun, acara ini tidak diambil terlalu serius kerana peserta dilihat ketawa dan bergurau sesama sendiri.
Menurut laporan media China, acara itu dianjurkan untuk menggalakkan pengampunan di antara suami dan isteri serta memperkasakan wanita sempena Hari Wanita Antarabangsa.
Ia dilihat sebagai satu peluang untuk suami meminta maaf kepada isteri mereka di atas salah laku mereka yang mungkin dilakukan sepanjang tahun lalu.
Hari Wanita Antarabangsa jatuh pada 8 Mac setiap tahun.
No comments:
Post a Comment