JUALAN pesanan awal Samsung Galaxy S7 edge mencecah 3,000 unit dalam masa beberapa jam bagi setiap pelancaran pada duahari pertama, walaupun belum tiba secara rasmi di Malaysia.
Berikutan sambutan memberangsangkan, Samsung Malaysia Electronics akan menganjurkan beberapa pameran bergerak di seluruh negara untuk meraikan ketibaan telefon pintar Galaxy S7 edge berkenaan.
Pameran bergerak akan diadakan di Suria KLCC di sini mulai 18 hingga 22 Mac, KSL City, Johor Baharu (18-21 Mac), Queensbay Mall, Bayan Lepas, Pulau Pinang (18-20 Mac), dan Viva City Megamall, Kuching (18-20 Mac).
Samsung Malaysia Electronics, dalam satu kenyataan hari ini, berkata syarikat menawarkan Samsung Gear VR secara percuma kepada 2,000 pemilik pertama Samsung Galaxy S7 edge semasa pameran bergerak itu.
"Bakal pemilik juga boleh menjual balik telefon pintar semasa mereka bagi  jenama baharu  Samsung Galaxy S7 edge.
"Pengguna hanya perlu membawa telefon pintar mereka ke empat lokasi pameran bergerak atau kedai Samsung berdaftar yang terdekat untuk penilaian bagi diskaun," katanya.