Tuesday 8 March 2016

Kapal membawa 2,000 senjata ditahan




Kapal membawa 2,000 senjata ditahan
Sebanyak 2,000 senjata api pelbagai jenis ditemui di sebuah kapal, hari ini.
SYDNEY - AUSTRALIA. Kapal peronda Australia berjaya menahan sebuah kapal asing yang didapati membawa 2,000 senjata pelbagai jenis, hari ini.
Menurut CNN, Tentera Laut Australia mengesyaki kapal tersebut berasal dari Yaman dan dalam perjalanan ke Somalia.
Kapal HMAS Darwin menahan kapal asing tersebut 170 batu nautika dari persisiran laut Oman.
Antara senjata yang ditemui adalah AK-47 dan pelancar roket.
Seramai 18 anak kapal pelbagai kewarganegaraan ditemui di atas kapal tersebut semasa kejadian.
Tentera Laut Australia bagaimanapun melepaskan kesemua anak kapal selepas merampas koleksi senjata tersebut.
Laporan dari Amerika Syarikat (AS) pula mengatakan kapal tersebut bertujuan menghantar bekalan senjata dari Iran ke pemberontak Houthi di Yaman.
Pemerintahan Pusat Tentera AS masih lagi mengumpul maklumat mengenai penemuan tersebut.

No comments:

Post a Comment