Tuesday 8 March 2016

Gerhana matahari penuh di Indonesia Rabu ini



Gerhana matahari penuh di Indonesia Rabu ini
Fenomena gerhana matahari penuh.
JAKARTA  - INDONESIA. Gerhana matahari penuh akan dapat dilihat di 12 wilayah di Indonesia Rabu ini dan menjadikan satu-satunya negara yang dapat menikmati gerhana matahari penuh.
Fenomena gerhana matahari penuh akan dapat dilihat di 12 daripada 34 wilayah di Indonesia sepanjang 5,000 kilometer dari timur ke barat sebelum sampai ke Lautan Pasifik.
Gerhana matahari separuh akan dapat dilihat di utara Australia dan sebahagian Asia Tenggara.
Bulan akan mula melintasi matahari di bahagian barat kepulauan Sumatera pada di antara jam 6.20 pagi sebelum gerhana melepasi Sulawesi dan Borneo dan bergerak ke Malukus.
"Kepulaun Ternate di Malukus menjadi destinasi pilihan popular untuk melihat fenomena ini dan lebih 1,500 bilik hotel telah habis ditempah,"  kata pegawai pelancongan tempatan, Anas Cenoras kepada AFP.
Malah Puteri Thailand, Maha Chakri Sirindhorn turut memilih pulau ini untuk melihat fenomena tersebut.
Saintis turut membanjiri Indonesia termasuklah 4 ahli dari Nasa yang akan berada di Maba, bandar kecil di kepulauan Maluku yang menyaksikan gerhana matahari paling lama iaitu selama 3 minit.
Kali terakhir fenomena gerhana matahari terjadi pada 20 March, 2015 dan hanya dapat dilihat di Pulau Faroe dan Norway.

No comments:

Post a Comment